Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Pembinaan Kaabah dan 10 Zulhijjah

Leave a comment

Kaabah dibina
Besok 1 Zulhijah 1430 bersamaan 18hb.Nov.2009. Masih ingat kalendar Islam?Kalau kalendar orang potih mesti semua orang ingat termasuklah saya.he,he,he..
Tarikh Hijrah merupakan satu kalendar Islam. Kalendar Hijrah ini bermula pada waktu Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Hari Raya Aidil Adha pula jatuh pada 10 Zulhijah 1430 bersamaan 27hb Nov.2009,hari Jumaat.
Oh ya,utk mengetahui perkembangan Haji di Makkah,sila lawati blog http://manzlie-makkah.blogspot.com/
Kelebihan amalan pada 10 Zulhijjah dan hari Arafah
Lafaz Alhamdulillah dirafa’kan kepada- Nya atas kurniaan yang tidak terhingga kepada kita. Mengikut riwayat yang sahih daripada Bukhari, hadis Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tiada hari- hari di mana amalan salih padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 Zulhijjah.
Mereka bertanya: “Hai Rasulullah sekalipun jihad ke jalan Allah?” Lantas jawab Baginda: “Sekalipun jihad ke jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan diri dan hartanya untuk jihad tanpa pulang (iaitu mati syahid).”
Hadis ini dengan jelas menunjukkan kelebihan amalan pada hari-hari 10 awal Zulhijjah. Mengikut sebuah riwayat daripada Ibn Abbas terdapat tambahan dengan menyatakan: “Amalan pada hari-hari tersebut digandakan kepada 700 kali ganda.” Bagaimanapun, pada sanadnya daif.
Mengikut riwayat Mujahid daripada Ibn Umar r.a. berkata: “Tiada satu hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Jumaat dan tiada 10 hari yang lebih afdal daripada 10 awal Zulhijjah di mana amalan padanya seolah- olah beramal dengan setahun”.
Mengikut riwayat Abu Amar al-Naisaburi dalam kitab al-Hikayat dengan sanadnya daripada Humaid katanya: “Aku mendengar Ibn Sirrin dan Qatadah berkata: “Puasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah (kecuali hari 10 Zulhijjah kerana hari itu Hari Raya) adalah menyamai setahun.”
Berdasarkan kepada hal ini menunjukkan terdapat kelebihan pada hari-hari 10 Zulhijjah. Ini kerana beberapa sebab:
1. Nas yang disebut oleh Baginda SAW.
2. Hari-hari tersebut ramainya manusia menuju ke Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadat haji.
3. Hari-hari tersebut mempunyai sejarah yang gemilang. Sama ada pensyariatan beberapa ibadat seperti haji dan korban.
Berdasarkan kepada kelebihan hari-hari seperti ini sewajarnya kita menggandakan amalan ibadat sama ada berqiammulail atau berpuasa pada hari Arafah kerana nas yang thabit menunjukkan kelebihan berpuasa pada hari Arafah seperti dalam hadis riwayat al- Hafiz Abi Musa al-Madini.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada hari yang lebih afdal daripada hari Arafah.”
Mengikut di dalam kitab Lataif al-Ma’rif oleh al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali antara amalan yang sunat dilakukan dan digalakkannya pada hari-hari begini ialah:
Pertama: Banyakkan berzikir sama ada tahlil, takbir dan tahmid. Seperti riwayat Ibn Umar secara marfu’.
Kedua: Melakukan ibadat puasa terutamanya pada hari Arafah kerana nilaian puasa pada hari tersebut seperti hadis riwayat Muslim daripada Abi Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang.”
Walaupun begitu dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut: “Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut”.
Justeru marilah sama-sama kita mengambil kelebihan ini dengan meningkatkan amalan soleh dan bermunajat serta berdoa kepada yang Maha Esa. Moga-moga dikurniakan segala hajat kita. Amin.
__________________
Bulan-bulan Islam adalah seperti berikut:
1 Muharram
2 Safar
3 Rabiul Awal
4 Rabiul Akhir
5 Jamadil Awal
6 Jamadil Akhir
7 Rejab
8 Syaaban
9 Ramadhan
10 Syawal
11 Zulkaedah
12 Zulhijjah
Artikel dibawah saya petik (eh!..petik ke atau saya copy )dari  http://terkinibersama.blogspot.com/.Sebuah artikel
yang menarik tentang pembinaan Kaabah.Jom…kita baca bersama2….Terima kasih http://terkinibersama.
MENGIKUT ahli sejarah Islam, Kaabah dibina buat pertama kalinya oleh malaikat.
Allah memerintahkan malaikat membina Kaabah di tempat `buih’ di mana bumi ini mula dijadikan.
Selepas itu Kaabah dibina atau dibaiki dari semasa ke semasa, membabitkan pelbagai peringkat. Antaranya:
· Binaan kedua: Nabi Adam;
· Binaan ketiga: Nabi Syith;
· Binaan keempat: Nabi Ibrahim;
· Binaan kelima: Kaum Amaliqah;
· Binaan keenam: Kaum Jurhum;
· Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi);
· Binaan kelapan: Abdul Mutalib;
· Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun);
· Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah);
· Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi);
· Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi).
Binaan keempat iaitu oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail adalah peringkat paling penting dalam sejarah pembinaan Kaabah.
Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama Nabi Ismail di Makkah, baginda pulang ke Syam.
Nabi Ibrahim selepas itu menjenguk anak dan isterinya sebanyak tiga kali.
Pada kali ketiga Nabi Ibrahim ke Makkah dengan membawa perintah Allah supaya mendirikan Kaabah dengan bantuan anaknya Ismail.
Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membina Kaabah di tempat asalnya iaitu di atas anak bukit kecil berhampiran perigi Zamzam. Di kawasan itu ada timbunan batu-batu yang berkemerahan tanahnya.
Selepas Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama anaknya mula membina Kaabah, dengan berpandukan kepada tempat yang ditunjukkan Allah supaya Baitullah itu dibina.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mula mendirikan Kaabah dengan bantuan Jibrail. Nabi Ibrahim menggali tanah untuk dibuat asas binaan hingga sampai ke tapak asal binaan Nabi Adam.
Menurut riwayat, batu yang digunakan untuk binaan itu didatangkan dari enam bukit iaitu Bukit Abi Qubais, Bukit Tursina, Bukit al-Qudus, Bukit Warifan (terletak antara Makkah dan Madinah), Bukit Ridwan (antara Madinah dan Yanbu’) dan Bukit Uhud.
Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya supaya ia tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu runtuh ketika taufan besar seperti runtuhnya binaan besar yang lain. Selepas peristiwa taufan besar, tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula, kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.
Dalam proses kedua-dua beranak itu membina Baitullah, Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu besar.
Hal ini seperti firman oleh Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata, wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 127).
Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah hingga siap pembinaannya.
Dengan kehendak Allah, sebaik Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar berkenaan maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim, seperti dapat dilihat hingga hari ini dekat Baitullah.
Tapak kaki Nabi Ibrahim, yang kini dikenali sebagai Maqam Ibrahim, adalah suatu tanda kebesaran Allah.
Bahagian Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim mempunyai dua penjuru iaitu penjuru Yamani dan penjuru Hajar al-Aswad. Kawasan Hijir Ismail melengkung tanpa penjuru seperti sekarang. Keadaan itu kerana Hijir Ismail menurut binaan Nabi Ibrahim termasuk dalam binaan Kaabah.
Menurut sejarah, binaan seperti sekarang ini adalah binaan yang dibuat oleh Quraisy.
Berikutan masalah kekurangan perbelanjaan, mereka mengeluarkan Hijir Ismail daripada Kaabah, iaitu Kaabah dikecilkan 6 1/4 hasta.
Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim tiada beratap, mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah matahari naik (seperti yang ada sekarang) dan satu lagi sebelah matahari jatuh.
Kedua-dua pintu itu rapat ke tanah, dan tiada berdaun pintu. Sebuah perigi juga disediakan di sebelah kanan pintu yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang hadiah kepada Kaabah.
Ketika menyebarangi titian As-Sirat
Di alam akhirat nanti, Allah SWT memerintahkan supaya Kaabah diarak ke syurga menyeberangi titian As Sirat. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada Kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun Kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi Kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia. Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu diseksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku…. Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi Kaabah menuju ke syurga.
Wallahualam.

Ya Allah,aku ingin sekali menjejakkan kakiku di Tanah sucimu..Perkenankanlah doaku ini ya Allah…Amin…

(sebak dan terharu bila memikirkan bila agaknya saya akan menjadi tetamu Allah..)

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s