Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

cerita lawak…

1 Comment

COMEL NYE….

Banyak pulak kerja diofis.Maklumlah baru dapat projek di Laos. Tak sibuk pun buat2 le sibuk,.he,he,he….nanti bos perasan pulak kita tak ada kerja..

Sempat jugak saya menulis ni  tapi tak ada idealah plak.Nak tulis apa ek?..Hmm…..oh ya ni ada cerita lawak sikit.Petang2 ni elok jugak kita lyan cerita2 lawak ni….kalau tak lawak….buat2 lawak ajelah…

The great Samy Vellu announced today:
“Saya syukur angkasawan kita telah meninggal dunia 10 hari, kini selamat dikebumi”

Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Samy: “…Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.
Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita….”

Penemuramah: Tapi Dato’ Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana ?

Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk……

p/s : hope so takde yg tersinggung ! just for fun ..


“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, mel! intaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

One thought on “cerita lawak…

  1. hahahhaha…. macam tu skali eh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s