Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Piala Malaysia Hoben Jang Hoben

2 Comments

Assalammualikum w.b.t

Doa saya semoga semuanya sihat walafiat.Alhamdullillah…selepas menyaksikan Piala Malaysia Sabtu lau bertambah2 sihat dan bersemangat sekali.Tahniah diucapkan pada pasukan Nogori eden kerana telah berjaya menundukan Red Warrior 3 -1. Dengan jumlah penyokong yang cuma suku tempat duduk sahaja pada mlm itu,kejayaan ini menunjukan bahawa pasukan Hoben Jang Hoben masih mampu bermain dgn baik sekali.Saya cuma menonton dirumah kakak saya.Kebetulan pada sebelah tengahari kakak saya mengadakan kenduri doa selamat dan aqiqah,maka adik beradik saya berkumpullah dirumahnya. Riuh rendah dgn sorakan dan komen2 dari pengadil2 yang tak bertauliah.Agaknya apa kata jiran kakak saya..Mintak maaf banyak2 ye.Dan yang paling saya kagum semangat kental pemain2 nogori yang terpaksa menahan sakit akibat kekasaran pemain2 Kelate seperti Zaquan.Saya rasa 4 kali jugak terpaksa diusung keluar.Guano ni?

014023233

014023451

 

014022926

014023072

 

014023241

014015411

014023459

PIALA Malaysia menjadi hadiah paling istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober lalu.

Piala berprestij dalam kalendar bola sepak negara itu menjadi milik Negeri Sembilan selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Kejayaan itu menamatkan penantian selama 61 tahun selepas kali terakhir melakukannya pada 1948 dan penantian itu bersamaan dengan usia Tuanku Muhriz, 61.

Pastinya, kemenangan itu memberi erti yang cukup besar kepada peminat serta penyokong skuad Negeri Sembilan.

TAHNIAH…..SEMOGA KEJAYAAN INI BERTERUSAN……HOBEN JANG HOBEN…

Kesian anak2 buah saya.Tak dapat menonton distadium sebab tiket dah habis….Tapi tak apa….Nogori monang….YAhoo…….

3 – 1 lagi tu…Muaahhh……



014022991


Dibawah saya petik dari akhbar utusan malaysia…

Bak kijang kemabukan lampu

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU – Umpama kijang hutan yang sesat di pekan dan mula kemabukan lampu sehingga lemah dan tidak bermaya.

Barangkali, itu analogi sesuai apabila melihatkan gaya pasukan Kelantan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di tengah majoriti lautan penyokong mereka dan berjuta-juta lagi terpaku di depan kaca televisyen.

Ya, mereka berhak untuk kalah dan tidak selayaknya untuk menang kerana tindak-tanduk mereka bukan aksi untuk muncul sebagai juara.

Mereka seolah-olah bukan lagi bertanding tetapi sekadar bermain bola sepak dengan menyepak ke sana-sini, corak kekalahan yang boleh dikategorikan tanpa maruah.

Seolah-olah prestasi mereka sudah sampai ke kemuncaknya sewaktu menundukkan Perlis bagi melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan corak permainan yang jauh berbeza.

Bagaikan tiada apa lagi yang perlu dikejarkan. Mereka mengecewakan seluruh harapan penyokong Kelantan dan peminat bola sepak keseluruhannya yang ingin melihat persembahan yang menarik, tanda kebangkitan sukan itu di peringkat negara.

Mereka mengecewakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berhempas pulas memberi nafas semula kepada sukan yang menuntut kepada dana yang begitu besar selain komitmen yang begitu tinggi.

Para penyokong yang berkorban masa dan wang ringgit bagi memenuhi stadium pula hanya menang sorak dan sebahagian daripada mereka bukan sekadar pulang kecewa tetapi memburukkan lagi keadaan dengan perangai yang memalukan, mengaibkan dan memualkan.

Mungkin belum pernah insiden seburuk ini dicetuskan oleh mana-mana penyokong ketika pasukan mereka beraksi di final bagi merebut piala berprestij itu.

Mereka seperti lazimnya mudah berpaling tadah apabila pasukan mula menunjukkan tanda-tanda untuk kalah.

Namun apabila mereka mula merusuh dengan lontaran botol air, mercun dan membakar kerusi dan bendera negeri, mereka membenarkan persepi umum bahawa selama ini penyokong Kelantan liar dengan menunjukkan gedede dan onar tak bertempat.

Sedangkan saban tahun, akan ada pasukan yang kalah dalam perlawanan akhir, tetapi para penyokong mereka masih boleh menerima kenyataan.

Justeru Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu juga mentarbiahkan mereka.

Malam kelmarin, ketika harapan menggunung tinggi, dalam keghairahan yang meluap, prestasi sang Kijang tersembam ke peringkat paling dalam dan cuti umum yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri Kelantan bertukar menjadi hari berkabung bola sepak Kelantan.

Kesalahan mulai dituding ke sana-sini, daripada pemain, jurulatih dan pemimpin persatuan ketika sebenarnya, umum tiada yang menyangka Kelantan mampu mara sebegitu jauh dengan beraksi di peringkat akhir dalam dua kejuaraan tahun ini.

Namun ramai percaya bahawa ketidakupayaan pemain menerima tekanan dalam perlawanan yang begitu besar menyebabkan para pemain hilang punca – gugup dan gopoh serta tidak mampu mengawal bola dengan hantaran-hantaran meliar.

Tiba-tiba sahaja, tiada seorang pemain pun yang berupaya mencaturkan rentak dan corak permainan manakala barisan pertahanan pula masih jauh dari kesesuaian taraf bagi mengisi skuad negeri.

Ketika pelbagai ganjaran menunggu jika pulang sebagai juara serta masa depan yang lebih baik bagi mereka sebagai pemain bertaraf profesional, tahap ketahanan mental yang masih rapuh memusnahkan segala impian peribadi mereka.

Jika diukur dengan usia kebangkitan semula skuad Kelantan dalam tempoh yang sungguh singkat setelah meredah begitu banyak halangan, ia terlalu awal untuk mereka beraksi di pentas akhir. Ke tahap ini sudah boleh dibanggakan.

Justeru Tan Sri Annuar Musa tidak harus patah semangat dalam menerajui Kafa ketika politik bola sepak kadangkala lebih hebat daripada politik parti. Cuma jangan biarkan Kelantan menunggu empat dekad lagi.

Hai Kelate..Kelate….guano mu…..

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

2 thoughts on “Piala Malaysia Hoben Jang Hoben

  1. Assalamualaikum..salam kenal dan salam perpaduan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s