Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Renungan Hari Jumaat

Leave a comment

Salam.sempena hari Jumaat hari ini,apa kata kita jadikan cerita2 dibawah

ini sebagai iktibar untuk diri kita yang lemah ini…

CERITA 1

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..

CERiTA 2

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah
tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka
marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. “Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Hanya Ingin Mengingatkan ….

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang
menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai
penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan
kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

ni satu kisah mengenai Umar Al Khattab…

Ada seorang lelaki mengunjungi kediaman Khalifah Umar al_Khattab
untuk mengadu mengenai perangai isterinya..

Baru sampai di muka pintu, dia terdengar isteri Umar sedang
berleter dan Umar langsung tidak kedengaran suaranya.

Lelaki itu langsung beredar, tidak jadi dia mengadu.

Dia berbisik pada diri sendiri, ” kalau beginilah keadaan
Umar, seorang Amirul Mukinin yang selalu keras dan tegas,
maka bagaimana dengan aku..?”

Kebetulan Umar keluar, dan terpandang lelaki itu hendak beredar
pergi, dia sempat memanggil untuk bertanya tujuan kedatangannya.

“wahai Amirul Mukminin, saya datang untuk mengadu mengenai
perangai buruk isteri saya yang suka berleter, tapi tadi saya
mendengar isteri tuan juga begitu, lalu saya berkata kepada
diri sendiri,”

“kalau begini keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya,
maka bagaimana dengan aku?”

Umur menjawab, ” saudara, sesungguhnya saya bersabar
mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas saya.

Dia memasak makanan saya, mengadun roti untuk saya,
membasuh pakaian saya dan menyusui anak anak saya, padahal
semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

Dia juga menenangkan hati saya daripada melakukan perbuatan yang
haram (zina) .

sebab itulah saya bersabar dengan kerenahnya”.

si lelaki menjawab, ” Amirul mukminin, demikian jugaklah isteri
saya.

Umar berkata lagi, ” maka bersabarlah, saudara, sessungguhnya
kerenahnya itu tidak lama…hanya seketika saja..

ba…semoga kaum adam yg membaca ni..
mendapat iktibar…

Jangan mare…..

 

 


Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s