Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Piala Malaysia 2009

Leave a comment

Para penyokong Kelantan berpusu-pusu di Stadium Sultan Muhammaed IV, Kota Bharu untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang mula dijual hari ini. Inilah kali pertama Kelantan mara ke akhir Piala Malaysia sejak tahun 1970. – Gambar ROSNI MASRI

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri Sembilan

Hai,bermulalah demam Piala Malaysia diantara negeri kelahiran saya Negeri Sembilan yang disayangi dan Negeri Kelantan.Tempatnya di Stadium Bukit Jalil.Hari Sabtu 7hb Nov.2009.

Jeng…jeng..jeng..pasukan mana yang menang..kita tunggu dan lihat.Saya sudah semestinya memilih nogori Sembilan dengan 2-1. Satu tu gol kesian..jangan marah ya..penyokong Kelantan.Adatlah dalam permainan ada yang kalah dan ada yang menang.

Saya pernah menonton perlawanan akhir Piala Malaysia ni tahunnya saya lupa pulak.Diantara Negeri Sembilan dan Perlis.Negeri Sembilah kalah. Masa tu semangat membara sekali >dari awal hingga akhir perlawanan tak habis2 saya memberi sokongan moral pada pasukan Nogori.Sampai serak2 suara ni.Tapi nak buek macamano,kalah…bila keluar stadium..badan lemah longlai…dah hilang semangat yang membara mula2 tadi…

Menonton perlawanan bola secara live ,seronoknya jangan cakaplah.Best betul…..Suasana nya yang riuh rendah dgn sorakan peminatpenyokong2 tu yang tak dapat saya lupakan. Kalau boleh saya nak jugak tengok perlawanan akhir ni tapi apa kan daya

kesihatan tak mengizinkan.Nanti semput pulak saya.

INILAH PIALA MALAYSIA YANG MENJADI IDAMAN SEMUA PASUKAN….

Dibawah ni adalah pendapat dari pemain2 Nogori…

”Peranan kami berbeza tetapi matlamat kami hanya satu iaitu untuk muncul sebagai juara Piala Malaysia musim ini.” Itulah kata pasangan kembar tonggak Negeri Sembilan, Mohamad Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang bersatu hati dan bertekad bermain berhabis-habisan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia menentang ‘wira merah’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Impian tersebut juga secara tidak langsung membuatkan pasangan kembar itu menanam ikrar untuk beraksi lebih cemerlang di posisi masing-masing bagi memastikan Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara sekali gus menamatkan kemarau untuk membawa pulang piala keramat itu ke bumi ‘adat perpatih’ ini .

“Ini merupakan suatu penghormatan apabila layak melangkah ke pentas akhir dan kami akan bermain bermati-matian untuk memastikan Piala Malaysia menjadi milik Negeri Sembilan,” katanya.

Dan ini pendapat dari pasukan Negeri Kelate…

Bagi penyerang sensasiĀ The Red Warriors, Mohd Khalid Jamlus, kegagalan pada perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor sebelum ini bukan penghalang buat pemain mencatat sejarah baru.

“Kami sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

“Dengan doa seluruh rakyat Kelantan, insya-Allah kami akan membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bonus oleh Kafa di Kota Bharu semalam.

“Kalah menang adalah adat permainan tetapi biarlah permainan itu berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan kami sangat berharap penyokong Kelantan juga dapat menyaksikan perlawanan secara profesional,” katanya.

Dan ini pendapat saya,

Negeri Sembilan menang 2 – 1,he,he,he…jangan marah….

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s