Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Berhati-hati bila makan ayam yum…yum..yum…

2 Comments

Suka makan ayam goreng lebih2 lagi ayam goreng yang ada jenama.?Saya suka jugak tapi disebabkan kesihatan saya yang
tidak membolehkan saya memakan makanan yang berminyak,saya terpaksa melupakan makanan segera ni.Tapi ada baiknya
juga bila saya baca cerita dibawah ni…Gelinya saya…..cuba kita bayangkan najis ayam macam mana…kalau terpijak dah rasa geli geleman inikan pulak bila kita termakannya…
Artikel dibawah saya petik dari akhbar kosmo yang ditulis oleh saya eh..eh…oleh FAIZAL NAZARUDDIN
Jgn marah …

JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.

DiKangar seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.

Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.

Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.

“Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.

“Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.

Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

2 thoughts on “Berhati-hati bila makan ayam yum…yum..yum…

  1. memang betoi terasa loyanya………
    maknakata…. lepas nie…. makan ayam2 camtu….
    takleh tokak terus telan….
    kena skodeng2 dolo ayam tu yea…..
    great post….
    thanks!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s