Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Berita sedih….

Leave a comment

DiGopeng seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang merelk naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untik balik semula ke khemah mereka.

Sedih saya bila baca berita diatas kerana kebanyakan murid2 yang jatuh tu sebaya dgn umur anak saya Kamarul.Dapat saya bayangkan bagaimana perasaan ibubapa apabila mendapat berita sedih ni.Bukan senang bagi ibubapa hendak melepaskan anak2 mereka utk menyertai perkhemahan atau apa jua kem motivasi Kerana jaminan yang diberikan

samada oleh pihak sekolah atau pihak penganjur ibubapa2 ini membenarkan anak2 mereka menyertai perkhemahan ini dgn harapan anak2 mereka selamat pergi dan kembali kepangkuan mereka.

Kejadian diatas begitu mnyentuh hati kecil saya..Doa saya semoga mereka selamat dalam kejadian itu dan kalau mereka menemui ajal mereka,ketahuilah Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman .Amin ya Rabbalalamin…

Dan kepada ibubapa-ibubapa semoga mereka bersabar dan tenang menghadapi dugaan yang berat ini…

Dan kepada pihak yang bertanggungjawab dalm pembinaan jambatan ini semoga kajian terperinci harus dijalankan samada jambatan gantung ini mengikut spesifikasi pembinaan atau tidak…dan janganlah ada yang menunding jari menyalahkan orang lain…Dan tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan guru2 yang terlibat dgn perkhemahan ini yang terpaksa berdepan dgn berbagai2 persoalan…Semoga guru2 ini tabah menghadapinya…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s