Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

MAKKAH

Leave a comment

Tak lama lagi kita akan mentambut Hari Raya Aidil Adha.Sekarang ni dah bermulanya penerbangan2 yang membawa jemaah2 haji kita ke Makkah.

Sempena hari Jumaat hari ini apa kata saya bawa anda melihat tempat2 bersejarah yang terdapat di Makkah.

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama – kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang – orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :” Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam ” . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Telaga zam – zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).

Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.

Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.

Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;

“Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?”

“Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? “.

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.

Siti Hajar bertanya lagi;

“Adakah ini memang perintah dari Allah ?”

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, “ya”.

Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.

Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, ” Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya”.

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, ” Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit “. Riwayat – At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka

Hijir Ismail adalah pagar batu berlingkar. Tingginya 11/2 meter. Letaknya berdampingan dengan Kaabah di sebelah utara. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah.

Hijir Ismail itu pada mulanya cuma merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian para Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa telah memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari ‘Aisyah r.a. yang bermaksud, ‘Dari ‘Aisyah r.a. katanya; “Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata ” Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah”.

Adalah disunatkan bagi tiap-tiap orang yang telah mengerjakan tawaf, sembahyang sunat dan berdoa di Makam Ibrahim, sembahyang sunat pula dua rakaat di Hijir Ismail.

Multazam terletak di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan Multazam bermakna,” Melekat”, sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut melekatkan dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata:- Dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Kaabah. Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata,” Daku melihat Rasullullah s.a.w. melakukannya”.

Salah satu tanda kebesaran sesebuah kota adalah banyaknya nama dan sebutan bagi kota itu. Kota Madinah memiliki 94 nama dan sebutan Nama yang paling popular adalah sebutan “Al MADINAH AL MUNAWWARAH”, iaitu kota yang disinari dan menyinari”.

Di segi geografi, kota ini terletak di antara 39 – 40 darjah garis bujur di timur dan 24 – 25 garis lintang utara. Jaraknya dari laut merah lebih kurang 170 kilometer, dari Mekah 450 kilometer dan dari ibu negara Saudi Arabia (Riyadh) ialah lebih kurang 1,000 kilometer.

Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan Kota ini sebagai tempat tinggal sejak tahun 622 masehi. Sejak itu pula diberi nama Al-Madinah Al-Munawwarah (kota yang disinari) yang mana sebelumnya bernama Yatsrib.

Kota ini adalah bahagian dari bumi yang dimulakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Ia jelas sebagaimana Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ketika berhijrah, maksudnya : ” Ya Allah, Engkau keluarkan aku dari bahagian bumi yang paling aku cintai, berilah aku tempat menetap di bahagian bumi yang paling Engkau cintai”.

Kota ini juga dinyatakan oleh Nabi sebagai tanah Haram (suci) sebagaimana Kota Mekah, dan di sebut-sebut di dalam Al-Quran hingga tiga kali. Bahkan Nabi selalu mendoakan ketenteraman dan keberkatan bagi kota ini. Dari kota inilah Islam berkembang memancar keseluruh pelusuk dunia. Di kota inilah juga jasad Nabi akhir zaman dimakamkan.

Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan kalimah, ” Masjidku ini”, pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah. Nabi bersabda,” Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram”.

Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda,” Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat munafik”.

Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama hijrah (622 M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan masuk dalam bangunan masjid.

Berziarah ke masjid Nabawi ini adalah masyru’ dan dikira termasuk ibadat. Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi; bermaksud,” Janganlah kau mementingkan kepergian kecuali kepada tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjid Aqsa’.

Makam Nabi

Kalau kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri kita adalah bangunan empat persegi berwarna hijau tua yang unggul dan berwibawa serta memancarkan bau wangi-wangian. Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah, iaitu rumah Nabi dengan Saidatina ‘Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah.

Sejak Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 11 hijrah (632M), rumah Nabi terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (Bahagian selatan) untuk makam Nabi dan yang bahagian utara tempat tinggal Saidatina ‘Aisyah.

Rumah ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya dipasang kubah hijau (Dom) hingga sekarang. Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi Muhammad S.A.W dimakamkan. Ini bermakna kalau kita melihat kubah hijau bererti kita melihat makam Nabi S.A.W.

Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama ) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) pun dimakamkan di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W. Ini bermakna setengah daripada rumah Nabi S.A.W. itu sekarang ada tiga maka

MUAZIN PERTAMA DIMAKKAH

BILAL bin Rabah atau nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi dan beliau biasa dipanggil dengan gelaran Muadzzin Ar-Rasul.

Beliau memiliki tubuh yang tinggi, kurus, kulitnya berwarna coklat, pelipisnya tipis, dan rambutnya lebat. Ibunya pula adalah hamba kepada Umaiyah bin Khalaf daripada Bani Jumuh.

Apabila beliau mendengar Islam daripada risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w, lalu beliau menemui Rasulullah s.a.w dan mengikrarkan dirinya memeluk agama Islam.

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini, iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.

Beliau pernah diseksa oleh Umaiyah, malah membiarkannya di tengah gurun padang pasir selama beberapa hari. Sebahagian besar daripada kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung daripada kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Oleh kerana itu mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram dan dendam mereka terhadap Islam.

Dengan kepanasan matahari di padang pasir, beliau diseksa sambil perutnya diikat dengan sebuah batu besar. Manakala lehernya pula diikat dengan tali. Beliau diseret oleh orang-orang kafir bersama anak-anak mereka di antara bukit-bukit di Mekah.

Ketika diseret, Bilal dengan tenang mengucapkan kata “Ahad-Ahad”, malah beliau menolak mengucapkan kata-kata kufur.

Tidak cukup dengan penyeksaan itu, golongan musyrikin menanggalkan pula pakaian Bilal. Mereka memakaikannya dengan baju besi, kemudian mereka menjemur beliau di bawah panas terik cahaya matahari, malah mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas kejadian itu, Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal dengan membelinya daripada Umaiyah bin Khalaf dengan harga sembilan (9) tahil emas. Umaiyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya.

Umaiyah berkata, “Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga satu (1) tahil emas.” Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: “Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas.”

Setelah Hijrah, azan disyariatkan, dan Bilal ditugaskan untuk mengumandangkan azan. Beliau adalah muazzin pertama dalam Islam, dan memiliki suara yang sungguh lunak. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pembantu peribadi Rasulullah s.a.w di Bait Al-Mal, malah beliau juga tidak pernah menolak daripada mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w, menentang kaum musyrikin.

Ketika perang Badar, beliau melihat Umaiyah bin Khalaf, dan beliau berkata, “Aku tidak akan selamat jika Umaiyah selamat.” Dengan pertolongan beberapa pasukan, kaum Muslimin mereka berjaya membunuh Umaiyah.

Pada saat pembebasan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w menyuruh Bilal mengumandangkan azan di belakang Kaabah. Azan tersebut merupakan suatu catatan sejarah – itulah azan pertama yang berkumandang di Mekah.

Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada Bilal: “Hai Bilal, ceritakanlah kepadaku mengenai amalan yang menurutmu paling besar pahalanya yang pernah kamu kerjakan di dalam Islam.”

Lalu Bilal menjawab, “Aku tdak pernah mengerjakan amalan yang menurutku besar pahalanya, tapi aku tidak wuduk di waktu malam dan siang, melainkan aku menunaikan solat yang diwajibkan bagiku mengerjakannya.”

Setelah Rasulullah s.a.w wafat, Bilal meminta izin kepada Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah dan berjuang di jalan Allah s.w.t. Abu Bakar menyarankan agar Bilal terus menetap di Madinah. Bilal menetap di sana dan akhirnya beliau bergabung bersama pasukan yang diutus untuk membebaskan wilayah Syam.

Beliau meriwayatkan 44 hadis daripada Rasulullah s.a.w. Di antaranya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kalian menunaikan solat malam (tahajjud), kerana solat malam adalah tradisi (kebiasaan) orang-orang soleh sebelum kalian, dan sesungguhnya solat malam adalah amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, dapat mencegah dari perbuatan dosa, mengampuni dosa-dosa kecil, dan menghilangkan penyakit badan.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Bilal bin Rabah menolak untuk menjadi muazzin bagi seseorang selepas wafatnya Rasulullah s.a.w.

Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah, dan ada riwayat menyebut bahawa beliau dimakamkan di Halb.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s