Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Bila akal hilang…

Leave a comment

bila akal hilang…

maknanya hilang kewarasan akal dan kewajaran fikiran…

bila akal hilang…

hilang kesopanan dan kesantunan akhlakannya….

bila akal hilang….

tiada keindahan iman yang dirasainya….

umpama si gila hilang arah tujuan….

Dipetik dari http://halaqah.net/v10

DiKAJANG seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati akibat cedera parah di seluruh badan termasuk bahagian kemaluannya dipercayai didera oleh ibunya sendiri dengan teman lelakinya, warga Sudan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Sakaruddin Che Mood berkata kejadian itu berlaku di Kondominium Reniville, Taman Puteri Batu 9, Cheras di sini.

Difahamkan pada 13 Okt lepas, wanita berusia 24 tahun itu yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di ibu negara telah menghantar anaknya yang sudah lemah dan tidak sedarkan diri ke hospital dan mendakwa menemui kanak-kanak itu dalam keadaan lebam seluruh badan sebaik pulang dari bekerja.

Sakaruddin berkata bedah siasat terhadap kanak-kanak tersebut mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada organ dalamannya.

Dipercayai wanita terbabit kemudiannya membuat laporan polis mendakwa anaknya mati akibat didera pembantu rumah ketika beliau keluar bekerja.

Beliau berkata polis mengesan suspek berkelakuan mencurigakan dan siasatan mendapati suspek tidak pernah dan tidak mempunyai pembantu rumah.

“Wanita berkenaan memberi keterangan palsu kepada pihak kami mengenai kejadian kematian anaknya dan siasatan mendapati dia sebenarnya tinggal bersama teman lelakinya itu, juga berusia 24 tahun dan seorang penuntut di sebuah kolej swasta di sini,” katanya ketika dihubungi di sini malam semalam.

Kedua-dua suspek terbabit ditahan polis dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sedih saya bila menatap gambar di atas.Bagaimana manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah sanggup atau tergamak melakukan penderaan diatas. Manusia ni kadang2 lebih kejam dari binatang yang tidak ada berakal .

Ini kes di Kajang.Manakala di Singapura pula,seorang lelaki didakwa membunuh anak perempuannya berusia 23 bulan selepas melihat kanak-kanak itu bermain dengan rokoknya.

Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu, Sallehan Allaudin, 26, yang baru tiba di rumah bersama isterinya dengan membawa hadiah untuk anak mereka, Nikie, berang apabila melihat kanak-kanak itu mengoyak dan menyepahkan rokoknya.

Sallehan didakwa memukul hingga mati anaknya pada kejadian Januari lalu, sehari sebelum ulang tahun kedua kelahiran kanak-kanak itu.

Hai..tak taulah apa nak jadi sekarang ini….

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s