Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Petaka bulan Syawal 2009

Leave a comment

Artikel dibawah saya petik dari blog http://www.isuhangat.blogspot.com/

BAik utk renungan kita bersama.

Allah menurunkan malapetaka kepada manusia adalah sebagai ujian keredhaan kita dan mungkin juga adalah kerana menurunkan bala.

Jika sebelum Ramadhan wabak H1N1 menggemparkan dunia yang menyebabkan beratus-ratus orang meninggal dunia serta amaran mengenai “gelombang kedua H1N1” yang dikhabarkan lebih dasyat lagi yang diramalkan menyebabkan kematian dengan angka yang lebih besar lagi.

Di minggu pertama Syawal ini telah terjadi tiga kejadian malapetaka yang besar-besar supaya mengingatkan kita kekuasaan Allah.

Pertama kejadian taufan Ketsana yang melanda Filipina yang menjadikan mangsa taufan tersebut mencecah 2.2 juta orang dan setakat ini, taufan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 246 orang dan angka kematian dijangka meningkat lagi berikutan ramai mangsa yang masih hilang.

Selepas itu kejadian Tsunami yang melanda Samoa dan Saoma Amerika. Seramai 119 orang telah disahkan mati aibat kejadian itu.

Image: People walk among the debris

Semalam kita digegarkan lagi dengan berita gempa bumi di Padang. Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Kita yang di Malaysia ini sentiasa lah beringat kerana selain kejadian-kejadian tu berlaku di sekeling kita , bila-bila pun boleh berlaku di Malaysia juga. Ni dah hujung-hujung tahun, masih jelas lagi ingatan saya apabila banjir besar melanda negara kita dua tahun lalu.

Allah kalau nak menurunkan bala kepada orng yang melanggar perintahNya sahaja tetapi kalau bala diturunkan ramai orang akan terkena juga. So marilah kita sama-sama Amal Makruf Nahi Mungkar.

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s