Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Alahai ustazku(2)..

Leave a comment

Assalammualaikum,syukur saya kehadrat Allah s.w.t .Saya rasa hampir seminggu lebih saya tidak mengemaskini blog saya ni.Kerana kesihatan saya yang tidak mengizinkan.Saya telah disahkan oleh doktor mengalami radang paru2 dan paru2 berair.Dan doktor yang merawat saya menasihatkan agar lebih banyak berehat.Almaklumlah bila terkena jangkitan pada paru2,pernafasan kita tidak lancar,sentiasa mengah dan mudah letih.Dan hampir seminggu juga saya bercuti.Insyalllah,bila kesihatan saya mengizinkan,barulah saya boleh memulakan tugas saya.Doa2kanlah ya.

Dan terima kasih kepada suami yang bersusah payah menjaga bukan sahaja makan minum saya dan anak2 tapi juga urusan rumahtangga yang lain.Kesian pulak saya melihat suami saya.

Seminggu saya sakit,banyak berita2 samada dalam atau luar negara yang tidak dapat saya ikuti. Dan paling menakutkan saya ialah peningkatan angka kematian akibat H1N1 atau selsema babi. Semalam sahaja sudah 64 orang menjadi mangsa selsema babi dan yang paling menakutkan saya ialah kebanyakan mangsanya mengalami pneumonia atau penyakit paru2. Ya Allah.saya memohon padamu dijauhi keluarga saya dari penyakit selsema babi ini.

Aikk…ada gelombang kedua pulak?

Perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang semakin serius sudah memberi petanda bahawa gelombang kedua pandemik itu dengan kesan yang lebih meluas dijangka melanda negara pada musim tengkujuh bermula Oktober ini.

Jika ramalan itu menjadi kenyataan, kerajaan akan mengumumkan perintah darurat kesihatan lebih awal bagi mencegah penularan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, musim tengkujuh tahun ini lebih berbahaya berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kecenderungan orang ramai mendapat selesema boleh membawa kepada lebih banyak kes H1N1.

Berita nilah yang paling merisaukan,menakutkan saya. dan pada sayalah,walau macamana pun kita cuba membendung wabak ini dari terus menular tapi punca sebenarnya yang membawa penyakit ini tidak di bendung iaitu ladang2 ternakan babi,maka sampai bila2 pun virus ini akan sentiasa ada dalam udara kita.

Dan saya tak faham kenapa kerajaan tidak mengumumkan bahawa virus H1N1 ini disebabkan oleh kerbau pendek ni?Kenapa nak cover dan sampai bila?

Dan persoalan2  yang  sentiasa dinantikan jawapannya oleh masyarakat akhirnya terjawab juga semalam bila ustaz rock kita Ust.Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan di sebuah masjid di Kuala Kubu.Tahniah diucapkan.Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.Kan senang kalau awal2 mengaku taklah banyak fitnah2 yang disebarkan.

Gambar dari mStar.Terima kasih

013441726
013441748
013441728
013441741
013441746
013441752
013441736
013441742
013441759
013441488
013441488
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s