Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Kenapa bumiputera tak minat melabur?

Leave a comment

Pagi tadi dalam perjalanan kepejabat,saya lihat ramai orang berdiri di pintu masuk Maybank.Dan kebanyakannya orang2 Cina.Selaunya kalau dah ramai macam tu ni tak lain dan tak bukan mesti nak beli Unit2 dalam Amanah Saham.Rupa2nya tekaan saya betul.Hari ini Amanah Saham

1Malaysia (AS 1Malaysia), dana untuk semua rakyat Malaysia yang diurus oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), telah dibuka untuk langganan orang ramai mulai hari ini.

Dana ekuiti harga tetap itu dijual pada hrga RM1.00 seunit, dengan saiz dana berjumlah 10 bilion unit.

AS 1Malaysia, penawaran dana terbesar oleh PNB setakat ini dan ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Julai yang lalu.

Saya heran jugak kenapa masyarakat Cina beria2 membeli Amanah Saham ni berbanding golongan bumiputera termasuklah diri saya ni.Golomgan bumiputra termasuk saya ni paling minat sekali pergi shopping.Bab membeli belah bangsa lain tak boleh challenge lah dgn bangsa melayu,bangsa yang menyambut aidil fitri sampai satu bulan..Betul tak?Mesti betul punya.

Lebih2 lagi kalau nak dekat Raya…Kalau tak percaya cuba pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman .Dahlah puasa ,cuaca panas lagi tu,tapi kain langsir punya pasal ,panas2 lah.Yang penting tahun ni kita beraya dengan langsir baru….baru ummph…..he,he,he….

Seperti kes Amanah Saham Malaysia dulu, dalam masa satu hari sahaja (21 Julai lalu), 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) habis dilanggan oleh golongan bukan Bumiputera selepas Bumiputera tidak melanggan baki yang diperuntukkan kepada mereka. Maka timbullah beberapa pertanyaan tentang kenapa golongan Bumiputera tidak mengambil unit-unit yang diperuntukkan.

Fakta dibawah saya petik dari Utusan Malaysia.

Adakah Bumiputera sudah cukup dengan unit-unit ASM yang ditawarkan selama hari ini dan tidak mahu lagi? Atau adakah Bumiputera tidak mampu lagi melanggan unit-unit saham amanah? Atau mungkinkah pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak memasarkan unit-unit ini kepada Bumiputera kerana menyangkakan Bumiputera akan datang kepadanya dan dia tidak perlu pergi memajukan lagi kepada Bumiputera?

Mungkinkah mereka yang ditanggungjawabkan dengan menjual unit-unit ini tidak ada sebarang galakkan dan bergantung semata-mata ihsan daripada wakil-wakil yang dilantik seperti Pos dan beberapa bank sahaja?

Jawapan yang mungkin ramai menerimanya sebagai sebab ialah Bumiputera sudah tidak ada kemampuan dan sudah cukup melabur dalam saham amanah. Lagi pun kalau mereka membeli dengan mengambil pinjaman, dividen yang mereka perolehi sebahagian besarnya tentulah terpaksa dibayar kepada bank.

Dari satu sudut jika diteliti pelaburan yang berdasarkan pinjaman daripada bank, bukanlah lebihan daripada pendapatan. Ia menggalakkan mereka yang ingin melabur untuk berhutang. Tapi apa nak buat. Kalau tidak dilakukan begitu lebih rendahlah penyertaan Bumiputera dalam pelaburan unit saham amanah keseluruhannya.

Dari segi pendapatan, kalau kita lihat perbezaan antara Bumiputera dan kaum lain, menurut Kajian Setengah Penggal RMK-9, pendapatan purata Bumiputera meningkat daripada RM2,711 pada tahun 2004 kepada RM3,156 pada tahun 2007 dan kalau diunjurkan kepada tahun 2009 angkanya mungkin RM3,450 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus setahun.

Bagi kaum Cina pula pendapatan purata mereka meningkat daripada RM4,437 pada tahun 2004 kepada RM4,853 pada tahun 2007. Kalau diunjurkan kepada tahun 2009, angkanya ialah RM5,150 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3 peratus setahun.

Bagi kaum India pula, pendapatan meningkat daripada RM3,456 pada tahun 2004 kepada RM3,799 pada tahun 2007. Unjuran kepada tahun 2009 dengan kadar purata setahun sebanyak 3.2 peratus ialah RM4,046.

Bagi golongan lain-lain ialah daripada RM2,312 pada tahun 2004 kepada RM3,651 pada tahun 2007. Unjuran untuk tahun 2009 dengan kadar purata 15.5 peratus ialah RM4,870.

Jurang antara Bumiputera dengan Cina telah rapat daripada 1:1.64 kepada 1:1.54 dan dengan golongan India daripada 1:1.27 menurun kepada 1:1.20.

Hakikat sebenarnya setiap ringgit yang disimpan oleh Bumiputera, mungkin bukan Bumiputera menyimpan RM10. Itu sebabnya kalau kita melihat milik hartanah, 75 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera. Setiap taman perumahan yang dibuka rumah kedainya habis terjual kepada bukan Bumiputera. Kalau ada peruntukkan rumah untuk Bumiputera dengan potongan diberikan pun tidak laku.

Daripada angka-angka di atas bolehlah dirumuskan bahawa golongan Bumiputera masih lagi golongan yang pendapatan terendah di kalangan kaum-kaum terbesar di negara ini. Kalau dikatakan PNB telah mengumpul sebanyak RM70 bilion, mungkin sudah sampai tahap kematangan dalam industri ini dari segi penyertaan Bumiputera.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s