Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

H1N1

Leave a comment

Mangsa ke-8 A(H1N1) meninggal dunia

SEBUAH pacuan empat roda Jabatan Kesihatan Johor Baharu memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor hari ini bagi melakukan pemeriksaan setelah seorang pelajar lelaki sekolah itu meninggal dunia semalam akibat penyakit Influenza A (H1N1) atau selsema babi. Semalam, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, murid darjah enam sekolah itu meninggal dunia kira-kira 8 pagi, selepas tiga hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Seorang lagi mangsa jangkitan influenza A(H1N1) meninggal dunia hari ini – melibatkan seorang guru dari sebuah sekolah di Selangor yang ditutup 27 Julai lalu.

Ia menjadikan jumlah yang meninggal dunia kerana wabak ini meningkat kepada lapan orang.

Awal pagi tadi seorang ibu muda yang melahirkan anak dua minggu lalu meninggal dunia di Miri, Sarawak.

Jumlah kematian yang disebabkan oleh H1N! begitu menakutkan saya.Lebih2 lagi 2 orang kanak2 telah menjadi mangsanya.Semalam anak saya Syasya demam panas diikuti dgn batuk dan selsema. Dah bawa pergi klinik dan doktor mengatakan kesukaran utk mengenal pasti H!N! ni kerana simptom2 nya sama dengan demam biasa cuma bila lepas 3 hari demam tak baik2 jugak barulah pemeriksaan tekak dan darah dijalankan. Lama jugak tu 3 hari.Dalam masa 3 hari tu macam2 boleh berlaku..Dan hari ini saya pulak rasa kurang sihat. Lemah satu badan diikuti dgn batuk2.

Saya berdoa semoga keluarga saya dijauhi dari penyakit2 yang merbahaya ni..

Apa itu H!N!? H adalah singkatan dari Hemagglutinin protein manakala N adalah Neuraminidase protein


H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 – yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.
swine_flu_symptom_485275

h1n1howa

.
2009-swineflu-h1n1swine-fluzzz

Issh…isshh…

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s