Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Ragut lagi…

Leave a comment

Sumber:Hmetro.com

Bagaimana perasaan seorang ibu apabila mendapat berita dua anaknya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya selepas meragut beg seorang wanita.

Semoga masyarakat tidak memandang serong kepada ibu ini. Walaupun mereka telah melakukan kesalahan sama2lah kita memaafkan mereka.Semoga Allah mengampuni mereka dan ditempatkan mereka dikalangan orang2 yang beriman.

Di Shah Alam cubaan dua beradik melarikan beg tangan selepas meragutnya daripada seorang wanita gagal apabila kedua-duanya terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dikejar mangsa di Persiaran Subang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, seorang daripada dua beradik terbabit memecahkan cermin tingkap kiri Mercedes Benz CLK 200 dipandu mangsa, dipercayai menggunakan topi keledar sebelum menyentap beg tangan berjenama Louis Vuitton.

Kejadian berlaku ketika wanita berkenaan, Junaili Abdul Hamid, 43, berhenti di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Kerjaya, berhampiran sebuah stesen minyak di Glenmarie untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 13 di sini, dari tempat kerjanya di Sungei Way, Petaling Jaya.

Berang dengan tindakan peragut terbabit, wanita itu terus mengejar mereka sejauh hampir dua kilometer sebelum motosikal Yamaha RXZ yang dinaiki dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu terbabas sebelum melanggar sebuah teksi.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s