Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Mafia perempuan…he,he,he….

Leave a comment


Kejadian diatas berlaku di Kuala trengganu.Apa nak jadi dengan pelajar2 sekarang?Nak sekolah ke nak jadi samseng? Mak bapak diaorang tak tau ke perangai sebenar anak2 mereka?Menakutkan saya . Saya berharap agar tindakan sewajarnya dikenakan keatas pelajar2 berkenaan.Bukan untuk mendera mereka tetapi sebagai pengajaran agar mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti bukan sebagai samseng atau sampah masyarakat.

Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini.
Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah!

Tidak cukup dengan itu, aksi kejam kira-kira 30 minit itu dirakam dan diedarkan di kalangan rakan sebelum dimuat turun ke dalam Internet melalui laman You Tube menyebabkan kedua-dua mangsa kini malu dan trauma untuk berhadapan dengan pelajar lain di sekolah.

Difahamkan, kejadian bermotifkan dendam kira-kira jam 2.30 petang itu bermula apabila seorang mangsa, Azani Jusharmiela Mohd Jaafar, 13, yang belajar di sebuah sekolah menengah di Dungun, dijemput tiga pelajar terbabit dari rumahnya sebelum membonceng motosikal ke sebuah surau kira-kira empat kilometer dari situ.

Hai apa nak jadi?
VIDEO dibawah ni berlaku di Negeri trengganu juga.Kenapa dengan negeri Trengganu ni?Budak-budak perempuan Melayu ni selamba jer minum arak. Dah lah minum arak dan perpakaian sexy siap rakam lagi. Last-last diupload ke youtube.

Dari suasana video tersebut kelihatan mereka tinggal di rumah sewa dan sedang menyambut hari jadi. Dari loghat diaorang sah dari Trengganu.

Teringat lagu nyanyian Saleem,Blues Trengganu kita

Kalu tuang gi pata timor Jangan lupa maghi sokmo Negeri terengganu memang sohor Tempat molek, tanah subor Tempak Molek, tanah subor Na na na na na

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s