Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Transformers-Mid Valley

Leave a comment

bumblebee_preview

Kesempatan mengunjungi pusat membeli belah Midvalley yang besar dan tidak pernah sunyi pada hari Sabtu lepas menggembirakan hati anak2 saya.Dah lama tak menjejakkan kaki kesitu. Maklumlah masa kadang2 tak mengizinkan. Kalau masa mengizinkan saya lebih suka mengunjungi pusat membeli belah One Utama atau Sogo. Tempat2 ini saya rasa lebih selesa kerana pengunjungnya taklah seramai di Mid Valley.Lebih rileks dan mata taklah berpinar2 bila tengok orang terlalu ramai.

Kami ke Mid Valley pun sebab nak menonton filem Transformer.Inipun atas desakan anak2. Nak ikutkan hati saya malas saya nak menonton wayang ni.Bukannya apa,bila tengok gelagat remaja2 yang ada di panggung tu nak termuntah saya dibuatnya. Kadang2 meluatpun ada.Apa taknya.Berpeluk sana sini.Pakaian jangan cakaplah..tahap gaban seksinya….Nak beratur beli tiket pun nak berpeluk sakan…tak taulah apa motif dia orang.Dan yang paling ramai sekali remaja mim lam alif ya wau…tu yang sakit mata kita memandang..kalau bangsa lain tu taklah kita kisah sangat…Eeee geramnya…Doa saya semoga anak2 saya tidak seperti ini…Amin..

Nak kata filem Transformer ni sedap sangat tak juga.Saya rasa biasa aje..Cuma adalah dua tiga adegan yang menarik bila robot2 ni berlawan.Dalam kegelapan panggung tu dapatlah saya tengok kemelopongan mulut anak2 saya.he,he,he…bukan mulut anak saya aje yang melopong,mulut suami saya juga….ha,ha,ha…

Begitu sekali penangan filem Transformer ni…Tapi bab yang menarik hati saya bila robot jahat mematahkan bendera Amerika..Nak aje saya bertepuk tangan..

Tulah bab yang paliii..nnngg best!!!! Bravo Decepticons..Dan pada pendapat saya filem ini merupakan propaganda Amerika.tentang kehebatan tentera2 mereka..

Dan yang menjadi mangsa ialah penduduk di satu kawasan gurun di Mesir.dan sakit hati saya bila salah satu watak dalam filem ini memanggil penduduk itu sebagai keldai kerana tidak memahami bahasa inggeris…

decepticon1_thumbautobot1_thumboptimus

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s