Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Cerita lawak lagi

Leave a comment

Koleksi cerita lawak yang saya ambil dari website2 yang saya tersinggah.Hem…hem…tak pe ya…nak rilekskan minda ni …

Jom…baca…..

Alahai menantuku………….
pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. “bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… “bismillahirrahmanirrahim…” aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??” pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. “seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..”
Suatu hari di KLCC
Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah “Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga “Ok gak ler” Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??” Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit” Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??” Aku selamba jer kata. ‘Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”. Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! Moral: jangan menyampuk time orang bercakap…


Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s