Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Piala Konfederasi FIFA

Leave a comment

Piala Konfederasi FIFA adalah kejuaraan sepak bola resmi yang diadakan FIFA yang mempertemukan kejuaraan dari setiap konfederasi yang berada dibawah naungan FIFA. Kejuaraan ini diselenggarakan setiap empat tahun sekali, yaitu setahun sebelum berlangsungnya Piala Dunia FIFA. Tempat Berlangsungnya kejuaraan ini adalah di negara Piala Dunia akan digelar tahun depannya.

Brazil bangkit tewaskan AS untuk juarai Piala Konfederasi

lucio2

Dari Utusan Malaysia

Semalam di Johannesburg,Afrika Selatan juara bertahan Brazil berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-2 dan seterusnya memenangi Piala Konfederasi buat kali ketiga dalam perlawanan akhir yang menghiburkan di Ellis Park, di sini sebentar tadi.

AS yang mengejutkan Sepanyol di peringkat separuh akhir, kelihatannya sekali lagi mahu mencipta keputusan luar dugaan apabila berjaya memperoleh gol menerusi Clint Dempsey dan Landon Donovan dan sekali gus meletakkan pasukan itu mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

img11903159

Penjaga gol AS, Tim Howard berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Brazil sebelum Luis Fabiano menjaringkan gol kelima dalam lima perlawanan pada kejohanan itu apabila menjaringkan gol hanya beberapa saat selepas bermulanya separuh masa kedua dan menambah satu lagi gol pada minit ke-74.

Ketua pasukan Brazil, Lucio pula melengkapkan tugas apabila pantas menyambar lantunan bola yang terkena tiang dan menanduk masuk ke penjuru gol AS enam minit sebelum wisel penamat.

Tahniah Brazil…..USA pula cuba lagi At least dapat jugak masuk akhir.

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s