Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Sukan kita

Leave a comment

Salam,Selamat bekerja..

Hari Ibu sudah,Hari Bapa sudah,lepas ni hari apalah pulak ek? Hari nenek dan atuk tak ada ke? Jangan lupa jasa mereka.Tanpa mereka ,tak adalah ibu dan bapa kita kan?Betul tak?

Macamana sambutan Hari Bapa semalam?  Tentu bestkan..

PAda firasat saya lah..ewah…Hari Bapa ni hanya disambut dibandar2 sahaja .Kalau dikampung mungkin kurang atau tak ada sambutan langsung. Kalau ada pun mungkin disambut oleh anak2 yang pulang dari bandar. Betul tak? Samada kita sambut hari Bapa atau tidak ,yang penting kita sentiasa mengingati bapa kita dimana saja kita berada samada bapa kita masih ada

atau sudah meninggal dunia.

Hari Ahad semalam banyak acara sukan ditayangkan di Tv.Jom layannn…

Semalam, Chong Wei terus membuktikan nilainya selaku pemain nombor satu dunia dengan menewaskan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat dalam final perseorangan lelaki di Terbuka Indonesia dan Eei Hui-Pei Tty turut gah melakar gemilang di Jakarta buat menceriakan peminat tanah air.

mainpix2
Chong Wei yang tersingkir awal di Terbuka Singapura, minggu lalu menewaskan wira tempatan, Taufik 21-9, 21-14 dan mengulangi kejayaan dilakar pada 2007 di kejohanan sama manakala Eei Hui-Pei Tty yang juga berada di ranking pertama dunia mudah menundukkan beregu China, Cheng Shu-Zhao Yunlie, 21-16, 21-16.Tahniah Chong Wei dan eei Hua..Anda berdua memang hebat di gelanggang.Bangga betul apalagi bila bermain di Jakarata pula .

Di SILVERSTONE ,pemain Jerman, Sebastian Vettel mengetuai kedudukan 1-2 buat pasukan Red Bull pada Grand Prix (GP) Britain semalam.

f1

Vettel yang memulakan aksi di petak pertama, langsung tidak digugat sepanjang saingan sebelum menamatkan perlumbaan dalam masa satu jam, 22 minit dan 328 saat, 15.188s di hadapan rakan sepasukannya, Mark Webber.

f12

Pemandu Brawn GP, Rubens Barrichello pula menduduki tempat ketiga tetapi rakan sepasukannya yang juga pendahulu keseluruhan, Jenson Button sekadar menduduki tempat keenam.

Hai,kalah lagi Ferrari….hu.hu,hu….

DiBLOEMFONTEIN,Afrika Selatan selepas mencatat rekod baru dunia dengan kejayaan meraih 15 kemenangan berturut-turut, Sepanyol kini mula fokus untuk melakar satu lagi rekod dunia dalam bola sepak.

Kelmarin, skuad kendalian itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Konfederasi, sekali gus mengatasi rekod 14 kemenangan berturut-turut yang dikongsi Brazil, Australia dan Perancis.

Kemenangan di Stadium Free State itu juga membolehkan Sepanyol menyamai rekod 35 perlawanan tanpa kalah milik Brazil yang dilakukan dari tahun 1993 hingga 1996.

Namun, Sepanyol yang sudahpun mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Konfederasi masih berpeluang untuk mengatasi rekod itu untuk satu lagi sejarah baru dalam bola sepak.

Samba Brazil,samba…Ewah…Brazil mengalahkan Juara dunia Itali 3-0
.
FBL-WC2010-CONFED-ITA-BRA-MATCH11
CORRECTION-FBL-WC2010-CONFED-BRA-ITA-MATCH11

Berita dibawah ni pembaca kena terjemah atau translate sendiri ya..Saya kalau translate takut salah maknanya…he,he,he…

I sound stupid whwn I write in English…..

Brazil humiliates Italy to win Group B

The Italians looked nothing like defending World Cup champions while being

thoroughly outclassed 3-0 by Brazil Sunday at the Confederations Cup in Pretoria, South Africa.

Forward Luis Fabiano led the offensive onslaught with a pair of goals, while Italian defender

Andrea Dossena scored Brazil’s third goal into his own net.
“Our team showed physically, technically and in all aspects that it was superior to a great team,

a team which is the current world champion,” Brazil coach Dunga said.
Brazil wins Group B with nine points and moves into the semifinal against host South Africa on Thursday in Bloemfontein (CBC, CBCSports.ca, 2:30 p.m. ET).


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Pasukan bola Malaysia apa khabar agaknya?

SILVERSTONE – Pemandu Jerman, Sebastian Vettel mengetuai kedudukan 1-2 buat pasukan Red Bull pada Grand Prix (GP) Britain semalam.
Vettel yang memulakan aksi di petak pertama, langsung tidak digugat sepanjang saingan sebelum menamatkan perlumbaan dalam masa satu jam, 22 minit dan 328 saat, 15.188s di hadapan rakan sepasukannya, Mark Webber.
Pemandu Brawn GP, Rubens Barrichello pula menduduki tempat ketiga tetapi rakan sepasukannya yang juga pendahulu keseluruhan, Jenson Button sekadar menduduki tempat keenam.BLOEMFONTEIN – Selepas mencatat rekod baru dunia dengan kejayaan meraih 15 kemenangan berturut-turut, Sepanyol kini mula fokus untuk melakar satu lagi rekod dunia dalam bola sepak.
Kelmarin, skuad kendalian itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Konfederasi, sekali gus mengatasi rekod 14 kemenangan berturut-turut yang dikongsi Brazil, Australia dan Perancis.
Kemenangan di Stadium Free State itu juga membolehkan Sepanyol menyamai rekod 35 perlawanan tanpa kalah milik Brazil yang dilakukan dari tahun 1993 hingga 1996.
Namun, Sepanyol yang sudahpun mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Konfederasi masih berpeluang untuk mengatasi rekod itu untuk satu lagi sejarah baru dalam bola sepak.
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s