Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Untuk renungan bersama

Leave a comment

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik
dihantar oleh: al-ihsan95
Editor: ar-ruhul JADEED
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ”Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan”.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.
p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

ke kehidupan yang abadi. Macam kalau kita naik kapalterbang untuk ke sesuatu destinasi yang jauh, kita akan
singgah disatu tempat mungkin kapalterbang nak isi minyak ke atau mungkin pilot dah penat ke dan macam2 kemungkinanlah…
Penumpang2 cuma boleh berjalan2 di sekitar airport sahaja..kalau tak silap sayalah.Maklumlah dah lama saya tak naik kapalterbang.
Last saya naik kapalterbang,semasa ofis saya buat trip ke Kuching…..eh!!!cerita pasal kapalterbang pulak..
Jom,kita baca artikel dibawah….

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bercerita tentang alam kubur. Kubur boleh menjadi permulaan azab sebelum azab yang kekal abadi di dalam neraka. Dan kubur juga boleh menjadi permulaan nikmat sebelum nikmat yang kekal abadi di dalam syurga di akhirat kelak. Semuanya bergantung kepada amal yang dibawa oleh seseorang.
“Setiap hari kubur berkata: ‘Aku rumah yang asing. Dan aku rumah seorang diri. Dan aku rumah tanah. Dan aku rumah ulat’,” kata Nabi s.a.w.’ menyampaikan ilmunya.
Baginda menyambung lagi, “Apabila ditanam mayat seorang hamba yang mukmin, yang berbuat baik dan beramal soleh semasa hidup di dunia, kubur berkata kepada mayat itu: ‘Silakan. Silakan. Selamat datang. Selamat datang. Sesungguhnya engkau adalah orang yang sangat aku kasihi di kalangan orang-orang yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula memelihara kamu dan menguasai kamu. Segala perbuatan yang baik dan menyukakanmu.
Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang mukminin yang berbuat baik dan beramal soleh itu? Tiba-tiba kubur menjadi luas sejauh mata memandang. Dan dibuka satu pintu syurga. Demikian itu ialah petanda yang amat membahagiakan bagi roh orang mukminin. Dia boleh berehat dengan selesa sampai ke Hari Kiamat.
“Apabila ditanam mayat seorang hamba yang jahat atau yang kafir…” kata Nabi s.a.w., meneruskan lagi kuliah ilmunya, “…kubur berkata kepadanya: ‘Tidak ada selamat dan tidak ada kebaikkan. Engkau adalah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula menjadi pemerintah ke atasmu. Pada hari ini engkau datang kepadaku. Lihatlah apa yang akan aku perbuat kepadamu’.”
Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang jahat atau orang kafir itu? Tentu sekali tidak sama seperti yang diperbuat kepada mayat orang mukmin yang melakukan kebaikan dan beramal soleh. Kubur berbuat sebaliknya, iaitu satu tindakan yang cukup menakutkan dan mengerikan. Malah tidak sanggup hendak membayang-bayangkannya. Tetapi demikianlah yang berlaku.
Sambil menunjukkan contoh dengan jari-jari tangan yang ditemukan secara berselat-selat, Nabi s.a.w. berkata: “Kubur menjadi rapat dan menghimpit mayat hingga bertemu berselisih tulang-tulang rusuk. Dan Allah datangkan 70 ekor ular yang tersangat besar. Kalaulah seekor daripadanya menghembuskan nafas ke bumi, tidak akan tumbuh sesuatu apa pun di situ selama-lamanya.”
Dengan nada yang perlahan Nabi bersabda, “Sesungguhnya kubur itu ialah satu daripada kebun syurga dan satu lubang daripada lubang neraka.
Justeru, berbuat baiklah kepada ibu bapa, jangan tinggal solat dan beramal ibadahlah, insya-Allah kita akan selamat daripada azab kubur.
Dipetik dalam majalah Asuh Mei 2005 Bilangan ke 94.

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

dihantar oleh: al-ihsan95
Editor: ar-ruhul JADEED
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ”Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan”.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.
p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .
Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s