Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Jomlah C.I.U.M….

Leave a comment

Salam utk semua. Hari Jumaat hari ini.Penghulu segala hari. Hari ini bersemangat sikit bekerja sebab besok

hari cuti.Dapatlah duduk rumah 2 hari.Hari Isnin dah start sekolah semula. 2 minggu cuti sekolah terasa rileks sikit.

Oh ya! Pernah menonton wayang? Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya menonton wayang. Dah lama jugaklah tak

menjejakan kaki saya di mana2 panggung di KL ni.Lagipun umur dah meningkat .Tak manis rasanya pergi tengok wayang.

Saya kini hanya menonton DVD aje yang boleh didapati dgn murah di pasar2 malam.Harganya pun murah.Satu DVD berharga lapan ringgit dah tu pulak ada 4 atau 5 cerita.Kan berbaloi tu. Sambil makan atau baring pun boleh tengok DVD.Kan best macam tu.

013006465

Dalam mstar hari ini,ada artikel pasal filem “Jomlah…C.I.U.M’ arahan M.Subash.Sebenarnya Jomlah C.I.U.M adalah singkatan untuk Jomlah…. Cari Identiti Untuk Malaysia dan filem ini cuba mengupas keindahan tiga agama yang dianuti rakyat negara ini iaitu Islam, Buddha dan Kristian dan Buddha.Pengarah muda GB Sdn Bhd, M. Subash yang juga merupakan saudara baru berkata, filem tersebut diberi judul komersial sedemikian bagi menarik perhatian orang ramai.

Apa yang lebih penting, katanya, filem itu yang sarat dengan semua ajaran agama dapat menyatupadukan rakyat negara ini.

“Bila kita berkata tentang Malaysia, apakah sebenarnya identiti rakyat negara ini? Rakyat negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

“Objektif utama filem ini adalah untuk memahami Malaysia…selari dengan aspirasi ‘1Malaysia’ slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Subash.

Tapi pada sayalah Kenapa tajuk filem ni Jomlah C.I.U.M? Tk ada tajuk lain yang lebih sesuai ke.Walaupun ianya singkatan daripada Cari Identiti Untuk Malaysia,tajuknya pun bukanlah melambangkan identiti Malaysia.Sebab bab ni amatlah sensitif bagi kita yang berugama Islam.Nak sebutnya depan anak2 pun kadang2 segan jugak.Lebih2 lagi anak2 yang dah meningkat remaja. Bagi kita yang dah dewasa ni,mungkin kita faham maksud C.I.U.M tu ,tapi bagi anak2 kecil apa yang terlintas di fikiran mereka ialah cium antara lelaki perempuan. Kita tak boleh salahkan anak2 ini.Mereka masih lagi berfikiran bersih.Tak ada fikiran kuning atau biru…macam orang dewasa.

JOMLAH C.I.U.M!

Justeru itu saya rasa tajuk ni bolehlah diubah bersesuaian dengan budaya dan adat resam ketimuran..Betuk tak?

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s