Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Selamat Hari Guru

Leave a comment

7

 Hari guru disambut pada 16 Mei2009 setiap tahun.

Terbayang2 wajah guru2 saya dari saya bersekolah rendah hinggalah sekolah menengah atas. Ada diantara nama2 mereka yang masih saya ingati dan ada yang saya lupa.Maklumlah hampir 40 tahun saya meninggalkan alam persekolahan.

1969-1974 saya menuntut di Sek.Rendah Tunku Kurshiah,.1975-1979 pula di Sek.Menengah Tunku Kurshiah dan 1980-1981 di Sek.Menengah Tuanku Muhammad.Semuanya terletak di satu kawasan.Jiran berjiran diantara satu sama lain.
Guru2 yang masih saya ingat yang mengajar saya disekolah rendah ialah Ustazah Ramlah,Gurubesar Puan Zahariah,Puan Maimunah(mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia).Puan Maimunah seorang yang tegas dan dedikasi bila mengajar..Siap bawa rotan lagi.Suka pakai baju kebaya.Usianya dalam 50an. Bila nampak dari jauh kelibat cikgu MAIMUNAH dari jauh lintang pukanglah kami mencari tempat duduk masing2. Maklumlah kelas saya kelas yang boleh dikategori sebagai kalas terbising. Begitulah aura cikgu Maimunah.
Terima kasih Puan Maimunah .Jasa cikgu tak mungkin saya lupa hingga akhir hayat saya.
Dan teringat saya pada Cikgu Salmah,cikgu yang paling lawa sekali.Suka berkebaya dan gaya berjalan persis seorang model.Siap bersanggul tinggi.

!974-1979- saya menjejakan kaki kesekolah menengah. Ustaz Hasbullah(orang Kelate),Encik Aziz (seorang guru yang suka kontrol hensem-mengajar BahasaMalaysia), MIss Lee guru Bahasa Inggeris-(comel lote orangnya),Che Kalsom-guru matematik,Mrs.Woo guru jahitan-(guru yang paling-suka cubit perut-tak tau kenapa)
Pn.Noraini-gurubesar.Miss Fong-guru masakan.Inilah antara guru2 saya semasa disekolah menengah.
Terima Kasih cikgu.Jasa kalian semua amat besar dan tidak terbalas oleh saya.

1980-1981-Melanjukan pelajaran ke tingkatan enam.Dah matured orang kata.Maklumlah yang paling senior. Dulu saya suka jugak buli cikgu2 saya.
Buli bukan macam buli sekarang.Buli dulu setakat usik mengusik.Bila nak kahwin,dah ada makwe kebelum,
Ada seorang cikgu tu namanya Cikgu Zakaria.Ajar geografi..Punyalah pemalu.Agaknya kalau nak masuk kelas saya siap berdoa dulu agar dijauhi malapetaka..Kelas saya ni semuanya murid2 perempuan
Tu yang best tu.Pulak satu kepala. Cikgu sejarah saya CikgU Hamzah.Tinggi lampai orangnya.Hensem2 jugaklah tapi dah kahwin .Cikgu Yasin pula mengajar matapelajaran sastra.Suaranya garau macam suara Ibnor Reza .
Kalau masuk OIAM kalah tomok he,he,he .Cikgu Ismail seorang yang lemah lembut.Sentiasa tersenyum.
Ajar matapelajaran Bahasa Malaysia.Walaubagaimanapun keputusan Higest School Certificate (HSC) saya kurang memuaskan.Kenangan saya bersama mereka2 ini akan sentiasa terpahat dihati sanubari saya.Mungkin sekarang ada di antara mereka yang dah bergelar datuk atau nenek .Maklumlah masa mereka mengajar saya usia mereka mungkin sekitar 30-an gitu.

Kepada guru2 saya dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah saya doakan kebahagiaan mereka hingga keanak cucu.Amin..

Dan kepada Guru-guru semua tidak kira dimana anda berada SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. Jasa2 anda semua
dalam mendidik anak2 bangsa amat2lah kami hargai.Didoakan kalian semua berada dibawah rahmat Allah sentiasa.
Amin…

Selamat Hari Guru..



Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s