Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

Allahyarham P.Ramlee

1 Comment

180px-ramleeSemua mengenalinya.Dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa.Sape yang tak kenal dia? Semalam saya berkesempatan menonton filem Arrwah dalam DVD.Cerita Seniman Bujang Lapuk. Yang menariknya walaupun dah bertahun2 filem ini jalan ceritanya memang melucukan. Tak perlu menggunakan teknologi canggih seperti filem sekarang.Cukup sekadar lampu dan kamera sahaja. Pelakon2 zaman dulu memang saya respek habis.Skrip yang bersahaja itulah yang menarik hati penonton dari zaman dolu2 kita hinggalah zaman sekarang.Dan pelakon2 nya tak adalah yang hensem2,semua biasa sahaja.Tak perlu makeup tebal2 tapi diaorang semua berbakat besar.Filem sekarang maaf cakaplah..nak tngok pun kena fikir dua tiga kali.Kalau ada yang bagus tu adalah dua tiga buah filem sahaja..Yang lain2 tu, tau2 saja lah…

Berikut adalah petikan dari filem Seniman Bujang Lapok

A. NISFU Saudara Majid… mana dia setan-setan tu…

MAJID Sudah datang tuan…
A. NISFU Aikk.. ini cat ka kapur ?misaitanglung
AJIS Bedak tuan….
A. NISFU Yang ini macam Russian terlepas…
RAMLEE Baru turun dari bulan tuan….
A. NISFU Hmm.. Eh !! itu misai ka tanglung…
RAMLEE Yang ni tuan ? Misai pun boleh tanglung pun boleh… tuan…

Dibawah ialah biodata Allahyarham Tan Sri P.ramlee

NAMA SEBENAR: Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh


TARIKH LAHIR:
 22 Mac 1929


TARIKH MENINGGAL:
 29 Mei 1973


TEMPAT LAHIR:
 Pulau Pinang


STATUS:
 Pernah berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris, Norizan dan Salmah Ismail (Saloma)


PROFESION:
 Pelakon, Penyanyi, Penggubah, Pencipta Lagu, Pengarah, Pemuzik, Penulis Skrip


LAGU POPULAR:
 Antaranya – Getaran Jiwa, Anakku Sazali, Bulan Dan Juga Angin, Itulah Sayang, Azizah, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Jangan Tinggal Daku, Bunyi Gitar, Dengar Ini Cerita, Menceceh Bujang Lapok, Malam Ku Bermimpi, Gelora, Dendang Perantau, Dalam Air Terbayang Wajah, Seri Bulan


FILEM POPULAR:
 Antaranya – Panggilan Pulau, Anakku Sazali, Penarik Beca, Hang Tuah, Bujang Lapok, Sumpah Orang Minyak, Semerah Padi, Antara Dua Darjat, Do Re Mi, Labu Labi, Sergeant Hassan, Nujum Pak Belalang, Ibu Mertuaku, Tiga Abdul, Sitora Harimau Jadian, Sabaruddin Tukang Kasut, Keluarga 69, Anak Bapak, Putus Sudah Kasih Sayang

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.AMIN…..

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

One thought on “Allahyarham P.Ramlee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s