Just to make you smile.blog

Because of your smile,you make life more beautiful

ABOUT ME

Leave a comment

images
About ME

HARI INI HARI PERTAMA SAYA BERBLOG.EH..BETUL KE?MACAM TAK PERCAYA AJE.
YALAH,UMUR PUN DAH NAK HAMPIR KE ANGKA 50,BARU ADA BLOG SENDIRI.
BILA TENGOK DALAM INTERNET BUDAK2 SEKOLAH PUN ADA BLOG MEREKA
SENDIRI,TIMBUL PERASAAN BANGGA .DALAM PADA TU JEALOUS JUGAK. MACAMANA
MEREKA ADA BANYAK IDE (BETUL KE EJAAN NI..IDE ATAU IDEA) DAN MACAM2
GAYA PENULISAN MEREKA. ADA TU PULAK EJAAN TERLAMPAU RINGKAS SAMPAI TAK
TAK BOLEH FAHAM.MACAM ORANG SMS.MASING-MASING DENGAN GAYA TERSENDIRI.
TABIK HORMAT11111
ABOUT ME(2)
ASSALAMMUALAIKUM. SALAM PERKENALAN DARI SAYA. SIAPA SAYA? OH YA!
LUPA PULAK NAK PERKENALKAN DIRI .SAYA HANYALAH INSAN BIASA YANG TINGGAL
DI SEBUAH PENEMPATAN SEDERHANA DI KOTA METROPOLITAN KUALA LUMPUR.
images (1)
SUDAH BERUMAHTANGGA TAPI SAYANG RUMAH SAYA TAK ADA TANGGA.. MEMPUNYAI 2 ORANG ANAK .
ALHAMDULLILLAH RUMAHTANGGA SUDAH MENJANGKAU 16 TAHUN.BANYAK ASAM
GARAM DAN PAHIT MANIS HIDUP BERUMAHTANGGA YANG TELAH KAMI LALUI. MASIH BERKERJA
DENGAN SEBUAH SYARIKAT PERUNDING DI KUALA LUMPUR. SUAMI PULAK BEKERJA DI PETALING
JAYA DENGAN SYARIKAT SWASTA JUGAK. SAMA JURUSAN…
MACAMANA SAYA BOLEH TERPIKAT DENGAN SIDIA YANG KINI MENJADI SUAMI
SAYA? KAMI PERNAH BEKERJA DI BAWAH SATU BUMBUNG DI SEBUAH SYARIKAT
DI PJ.NAK KATE SUAMI SAYA HENSEM MACAM SHAH RUKH KHAN ATAU
SALMAN KHAN TAK JUGAK. kALAU DIA HENSEM MACAM SHAH RUKH KHAN ATAU SALMAN KHAN,
MUNGKIN DIA TAK PANDANG SAYA KOT? SAYA NI NAK KATA LAWA MACAM MAYA KARIN ATAU
PREITY ZEITA TAK JUGAK TAPI SEDAPLAH MATA MEMANDANG. BEGITU JUGA DENGAN SUAMI SAYA.
MUNGKIN KERANA KAREKTOR DIA YANG HAPPY GO LUCKY DAN ADA SENSE OF HUMOR
YANG BUAT SAYA TERPAUT. EWAH….JODOH PERTEMUAN ALLAH YANG TENTUKAN..
PERSAMAAN SAYA DAN SUAMI, KAMI ANAK YATIM PIATU. IBUBAPA KAMI TELAH LAMA MENINGGALKAN
ALAM FANA INI. CERITA SEDIH NI.BILA TIME HARI RAYA LAH TIME YANG PALING MENYEDIHKAN.LEBIH2 LAGI
BILA DENGAR LAGU ALLAHYARHAM P.RAMLEE ATAU ALLAHYARHAM SUDIRMAN. NAK NANGIS MACAM
BUDAK2 MALU PULAK.ALMAKLUMLAH DAH TUA..BURUK BEBENOR RUPENYE…
UHUK..UHUK..MUAAAH!!!!….
ABOUT ME (3)
OKLAH.. NI TENTANG ANAK SAYA PULAK. YANG SULUNG MUHD.KAMARULARIFIN NAMANYA.
BAK KATA ORANG PUTIH MY FIRST BORN CHILD. UMUR 12 TAHUN.BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.images (2)
MINAT F1 DAN BERMAIN BOLA. HAFAL NAMA2 KELAB BOLA ENGLAND DAN PEMANDU-PEMANDU KERETA F1
ITU KELEBIHAN YANG ADA PADA ANAK SAYA. ALHAMDULLILLAH.
TAPI BAB NAK BACA BUKU SEKOLAH..ADUH!!!!! BIKIN PENING KEPALA IBU DI BUATNYA! ADA SAJA ALASANNYA. NAK TENGOK TV SEKEJAPLAH, NAK RILEKS SEKEJAPLAH..
KALAU KELEBIHAN ANAK SAYA KERANA MENGHAFAL NAMA PASUKAN FI ,KELEBIHAN SAYA PULA..KESABARAN!!!
SABAR KAN SEPARUH DARI IMAN. ADA MASA KESABARAN SAYA HILANG JUGA HINGGA SAMPAI NAK BERASAP
SATU BADAN SAYA SIAP DENGAN BUNYI SIREN LAGI MACAM SIREN KERETAPI…DAN LEBIH HEBAT LAGI KALAU SAYA MENJERIT MENGALAHKAN SUARA TARZAN. MEMANDANGKAN SAYA DUDUK DI PANGSAPURI TERPAKSALAH SAYA KONTROL MACHO. KALAU MASUK AF7,GERENTI MENANG PUNYA…KEH..KEH..KEH…..
INI SATU UJIAN BUAT SAYA. ALHAMDULLILLAH KERANA MENGURNIAKAN SEORANG ANAK YANG MENGAJAR
SAYA ERTI KESABARAN.
ABOUT ME(4)
INI PULAK TENTANG ANAK BONGSU SAYA.MAKLUMLAH ANAK DUA ORANG AJE. TAK ADE YANG TENGAH ATAU YANG TEPI. FAHAM TAK NI? KALAU TAK FAHAM,BUAT2 FAHAM AJELAH.
SYASYA BATRISYIA NAMA ANAK SAYA NI. UMUR 7 TAHUN. BARU DARJAH SATU. SEORANG ANAK YANG CERDIK DAN PETAH BERCAKAP. BERKULIT PUTIH ORANGNYA. MACAM ANAK CINA. BERBEZA DENGAN ABANGNYA.images (3)
HOBI MENGUMPUL PEMADAM,PEN, BEG YANG ADA GAMBAR DISNEY PRINCESS DAN BUKU -BUKU CERITA DAN
JUGA KASUT.
MEMPUNYAI SEPASANG ANAK NI,SAYA DAPAT MELIHAT PERBEZAAN DIANTARA MEREKA.SYASYA RAJIN
MEMBACA DAN MENULIS SERTA SUKA BERTANYA SOALAN CEPUMAS.
SERING MENJADI PUNCH BAG ABANGNYA. KESIAN SYASYA TAPI BILA BAB DIA MENANGIS ADUHAI…..!!!!SOUND SYSTEM DIA MENGALAHKAN MANA-MANA BRAND BERJENAMA. ALHAMDULLILLAH KERANA ALLAH MENGURNIAKAN SAYA SEORANG ANAK YANG MENGAJAR SAYA ERTI KETABAHAN.
ABOUT ME (5)
INI PULAK TENTANG SUAMI SAYA. DILAHIRKAN DAN DIBESARKAN DI KUALA LUMPUR. BAK KATA ALLAHYARHAM P.RAMLEE,RUPA TIADA TAPI MANIS ADA. TIDAK CEREWET TENTANG MAKANAN TAPI KALAU
MAKAN NASI KENA ADA SAMBAL TUMIS DAN IKAN MASIN. CEREWET JUGAKLAH KOT! ITU MAKANAN FEVERET DIA. SEORANG BAPA YANG PENYAYANG.TAPI KADANG-KADANG TAK PENYAYANG . ANAK BONGSU DARIPADA 4 ORANG ADIK BERADIK. ANAK YATIM PIATU LAGI…KESIAN NYE!!
ABOUT ME (6)
DAN INI TENTANG SAYA .PENULIS BLOG. DILAHIRKAN DI JOHOR BAHRU TAPI DIBESARKAN DI NOGORI SEMBILAN. ORANG NOGORI.ARWAH AYAH ORANG NEGERI MANAKALA ARWAH EMAK  ORANG PAHANG

MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI KUALA PILAH ,NEGERI SEMBILAN. KEMUDIAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI ITM. LAMA JUGAKLAH SAYA MENGANGGUR. BERTEMU DENGAN SUAMI MASA SAYA BEKERJA DI PETALING

JAYA . SAMA-SAMA SATU BUMBUNG DENGAN SUAMI. DAH JODOH.ALHAMDULLILLAH.
RUTIN HARIAN SAYA MUNGKIN SEPERTI KEBANYAKAN SURIRUMAH.BANGUN SEAWAL JAM 5. DENGAN MATA YANG MASIH TERKEBIL-KEBIL TERUS MENUJU  KE DAPUR.APALAGI MEMASAKLAH JAWAPNYA.
MEMASAK UNTUK ANAK SAYA KAMARUL. SEBELUM INI KAMARUL SAYA HANTAR KE RUMAH PENGASUH
YANG TERLETAK TIDAK JAUH DARI RUMAH SAYA. MUNGKIN DI RUMAH PENGASUH TAK ADA KEBEBASAN,
ANAK  SAYA DENGAN RELA HATI MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TINGGAL DI RUMAH SELEPAS SEKOLAH.
ALHAMDULLILLAH,SAVE DUIT SAYA. TERIMA KASIH KAMARUL KERANA MENGSAVEKAN DUIT MAMA.
NANTI MAMA BAGI UPAH.
BALIK DARI PEJABAT, SAYA BERSILAT PULA UNTUK MENYIAPKAN MAKAN MALAM ,MEMBASUH BAJU(WALAUPUN PAKAI MESIN BASUH TAPI KENA PAKAI KUDRAT JUGA UNTUK MENJEMUR BAJU-HE,HE,HE…),MEMANTAU KERJA SEKOLAH ANAK-ANAK,DAN MENDENGAR CERITA-CERITI DARI ANAK-ANAK SAYA DAN DOT..DOT..DOT….yANG DOT..DOT..DOT NI TAK  PAYAH CERITALAH…MALU AH DONG!!…(OFF TOPIK).KEH..KEH..KEH…
SAYA NI GARANG JUGA PADA ANAK-ANAK TAPI GARANG -GARANG SAYA ADA HADNYA. GUNA ROTAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK TIDAK SAMA SEKALI. TAPI ACAH-ACAH TU ADA JUGAK. HOBI SAYA SUKA TENGOK BLOG-BLOG DALAM INTERNET DAN RESEPI-RESEPI MASAKAN. TENGOK SAJA BUATNYA TIDAK..HE,HE,HE….
PUKUL 11 MALAM MASUK BERADU.
BEGITULAH KEHIDUPAN SEHARIAN SAYA.PENAT TAPI  MEMBAHAGIAKAN SAYA..Ooo…LA…LA…LA…


glitter-graphics.com

Advertisements

Author: anayusof

A mother to two adorable kids.Working in an engineering consultation firm. Masih baru dalam dunia blogging.Cantik tiada tapi manis ada..he,he,he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s