Majlis Berkhatan tiba lagi

images

Musim cuti sekolah ni, selain daripada majlis perkahwinan atau pertunangan majlis berkhatan pun tak kurang meriahnya.

Saya heran jugak kenapa acara berkhatan ni disambut secara besar2an disetengah2 tempat.Sebab khatan ni kan upacara memotong tut..tut..

budak lelaki.Mungkin acara ini menandakan budak lelaki tu dah jadi orang dewasa.Nak menamatkan zaman kanak2 lah ni ya!Macam kenduri kahwin juga -

menamatkan zaman bujanglah …saya masih ingat lagi masa zaman saya dulu,budak2 lelaki kalau belum berumur 12 tahun tak boleh berkhatan.

Kena tunggu umur 12 tahun.Nak masuk darjah 6 lah. Lepas tu buat khenduri macam orang nak kahwin.Meriah sungguh.Tapi sekarang budak2 lelaki tak kira umur dah boleh berkhatan.Menggunakan alat2an canggih.Hari ini berkhatan besok dah boleh main bola atau kayuh basikal. Canggih gitu…tak payah nak tunggu 1 minggu atau 2 minggu nak boleh main bola. Anak saya Kamarul,umur setahun dah berkhatan.Tu pun atas nasihat doktor takut kena jangkitan kuman2.

Bukan orang Islam sahaja yang berkhatan malah orang Yahudi laknatullah pun berkhatan juga tapi dgn cara mereka tersendiri.

Artikel dibawah ada menerangkan segala2nya.Artikel ini saya ambil dari http://ibnuyaakob.com.

Selamat Membaca…..

Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi
britmilah

Amalan berkhatan dikalangan kanak-kanak lelaki bukan lagi suatu yang luar biasa, ianya sudah menjadi lumrah dan harus dilakukan. Amalan ini juga ditakrifkan sebagai amalan wajib bagi setiap umat Islam sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi.

Berkhatan diamalkan oleh masyarakat Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara; berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Kewajiban di dalam Islam tentang berkhatan pula adalah berlandaskan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl (ayat 123) bermaksud;

“Kemudian kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh atas jalan yang benar.”

Di sini dapat kita fahami bahawa Allah memerintahkan setiap amalan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dahulu patut diamalkan juga oleh Nabi Muhammad dan umatnya khususnya dalam amalan berkhatan ini.

Pada usia lapan tahun, Nabi Ibrahim telah mengkhatankan dirinya sendiri sebagai mana yang disebut di dalam hadis riwayat Abu Hurairah daripad Rasulullas SAW yang berbunyi;

“Berkhatan Nabi Ibrahim a.s. ketika baginda berumur lapan tahun dengan alat qadum”

Berkhatan Dalam Masyarakat Yahudi

Pengikut agama Nabi Ibrahim ketika itu mengamalkan semua perkara yang diajarkan oleh baginda berdasarkan firman-firman Allah kepadanya. Salah satu amalannya ialah berkhatan atau difahami sebagai membuang sebahagian selaput kulit yang menutupi kepala zakar.

Masyarakat Yahudi terus-menerus mengamalkan amalan berkhatan tersebut sejak zaman Nabi Ibrahim sehinggalah sekarang. Golongan Yahudi yang mengamakan amalan wajib ini tidak hanya tertakluk kepada Yahudi Orthodoks sahaja, ianya diamalkan juga oleh golongan Yahudi Sekular (Zionis), Yahudi Arab, Yahudi Eropah dan Kristian Orthodoks.

Ini kerana masyarakat Yahudi berpegang kepada semua ajaran-ajaran di dalam Taurat, manakala semua amalan Taurat adalah kelangsungan amalan dari kitab Zabur yang dipimpin oleh Nabi Daud.a.s.

Sebagai memenuhi objektif blog ini, maka di sini kami ingin mengkhususkan bicara kami tentang amalan berkhatan di dalam masyarakat Yahudi sahaja. Semua hal ehwal berkhatan dan hukum-hukumnya di dalam Islam anda boleh dapati dengan banyaknya di laman-laman web berkaitan hukum Islam.

Kewajiban Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi

Amalan berkhatan di kalangan masyarakat Yahudi di dalam bahasa Hebrew disebut “brit milah”, manakala di dalam loghat ashkenazi disebut “Bris Milah”, loghat suku Sephardi disebut “Berit Milah” dan loghat Yiddish disebut “Bris”.

Brit Milah atau bahasa Inggerisnya disebut circumcision merupakan amalan berkhatan yang dilakukan oleh penganut agama Judais sejak zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang. Amalan ini dilakukan dalam suatu majlis yang sempurna dan teratur serta dilengkapi penuh adat-adat agama Judais.

Masyarakat Yahudi melakukan khatan berdasarkan suatu ayat dalam kitab Taurat yang berbunyi;

“And God spoke to Abraham saying: …This is my covenant which you shall keep between Me and you and thy seed after you -every male child among you shall be circumcised.”
(Bab Genesis, ayat ke-12)

Sehingga sekarang ini walau di mana masyarakat Yahudi itu tinggal walau di luar Israel, amalan Brit Milah harus dilakukan. Amalan ini dihukumkan wajib bagi masyarakat Yahudi kerana ia melambangkan identiti keyahudian seseorang Yahudi itu. Meninggalkan amalan ini dipercayai boleh menggugurkan identiti tulen seseorang Yahudi.

Upacara Brit Milah

Upacara Brit Milah tidak boleh dilakukan oleh sebarangan orang, ianya perlu dilakukan oleh individu yang benar-benar layak yang digelar Mohel. Dikalangan masyarakat Melayu, orang yang berperanan dalam amalan berkhatan dipanggil ‘Tok Mudim’.

Menurut agama Judais, Mohel (Mudim) hendaklah orang yang faham tentang hal ehwal perubatan walaupun dia bukanlah seorang doktor. Menurut Rabbi Shulman, Mohel seharusnya mempunyai kemahiran asas dalam perubatan kerana ia bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman ketika upacara Brit Milah.

Setiap Mohel hendaklah melakukannya dengan pantas agar kesakitan itu dapat dikurangkan. Penggunaan krim-krim yang boleh melegakan kesakitan amat digalakkan tetapi seharusnya mendapat persetujuan dari kedua ibu bapa.

Pisau pemotong yang digunakan juga harus dibersihkan dengan sempurna agar tidak dijangkiti kuman. Amalan membersihkan pisau pemotong ini pula digelar sebagai Mit’zitzah.

Di mana dan Bila Brit Milah Dijalankan?

Upacara Brit Milah dilakukan ke atas setiap kanak-kanak lelaki Yahudi ketika berumur 8 hari. Amalan itu perlu diteruskan walaupun hari ke-8 bayi lelaki tersebut jatuh pada hari-hari kebesaran Yahudi seperti Yom Kippur dan Sabbath (Sabtu). Dan brit milah juga boleh dilakukan pada waktu siang atau malam mengikut kesesuaian masa ibu bapa.

(Di dalam Islam, Yom Kippur adalah Hari Asyura atau sambutan 10 Muharram)

Bagi kes bayi yang dilahirkan secara pembedahan atau diletakkan inkabutor disebabkan tidak cukup umur, brit milah boleh ditangguhkan atas alasan-alasan kemudaratan kesihatan.

Bagi masyarakat Yahudi, tempat melakukan Brit Milah adalah bebas sama ada ianya ingin dilakukan di Synagogue (Kuil Yahudi), dewan orang ramai atau di rumah. Namun begitu, kenduri kesyukuran harus dilakukan sebagai memenuhi tuntutan agama Judais.

Majlis Brit Milah

Semasa upacara ingin dijalankan, bayi lelaki akan dibawa oleh kvatter ke dalam bilik khas. Kvatter adalah gelaran kepada orang yang dipertanggungjawabkan membantu Mohel dalam amalan Brit Milah.

Semasa Brit Milah, dua kerusi disediakan sebagai tempat meletakkan bayi lelaki tersebut. Kerusi pertama digelar sebagai Sandek dan kerusi kedua digelar “Chair of Elijah” (Kerusi Ilias)

chair_of_elijah

(Gambar: Chair of Elijah tidak semestinya lebar sebegini, ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan corak)

Menurut kepercayaan Judais, sesiapa yang membantu memegang bayi di kerusi Sandek akan memperoleh kerahmatan jiwa sesuci jiwa bayi tersebut. Meletakkan bayi ke atas kerusi Sandek juga dianggap penghormatan kepada orang yang melihat upacara Brit Milah. Biasanya antara individu yang digalakkan membantu di kerusi Sandek ialah datuk kepada bayi tersebut.

Kerusi kedua pula berperanan sebagai penerapan nilai-nilai kesucian peribadi Prophet Elijah (Nabi Ilias a.s.). Menurut kepercayaan Judais, roh Nabi Ilias akan hadir setiap kali berlakunya brit milah sebagai tanda menerangkan kepentingan brit milah sebelum Tuhan merestui amalan tersebut.

Semasa berada di atas kerusi Nabi Ilias ini, Mohel akan membacakan doa khusus yang memohon agar roh Nabi Ilias bersama-samanya memastikan upacara Brit Milah berjalan dengan lancar.

Selepas memotong sebahagian kulit zakar itu, Mohel akan mengangkat segelas minuman suci dan membacakan doa-doa khusus. Serentak dengan itu, kemudiannya nama bayi lelaki dalam bahasa Hebrew akan diumumkan kepada orang ramai yang hadir.

Panduan Menamakan Bayi Di Dalam Masyarakat Yahudi

Menurut kepercayan masyarakat Yahudi dalam kitab Taurat, nama bagi bayi lelaki hendaklah diberikan ketika berlangsungnya majlis Brit Milah. Nama itu pula hendaklah diberikan dalam bahasa Hebrew bukannya bahasa asing walaupun bayi itu berketurunan Arab, Afrika dan lain-lain.

Bagi bayi perempuan pula, namanya hendaklah diberikan ketika hari pertama kelahiran dalam tempoh 24 jam pada hari yang sama. Ketika memberikan nama, si bapa hendaklah duduk atau berdiri di sebelah ibu dan bayi perempuan tersebut sambil membaca doa-doa khusus.

Nama-nama bayi bagi masyarakat Yahudi biasanya diberikan mengikut suku masyarakat tersebut sama ada Yiddish, Ashkenazi, Sephardi atau Mizrahi.

Pada zaman sekarang, sebahagian besar Yahudi Sekular yang tinggal di luar Israel tidak lagi menamakan bayi-bayi mereka dengan nama dalam bahasa Hebrew. Mereka gemar menukar nama setelah anak-anak mereka meningkat dewasa. Ianya bertujuan bagi menghilangkan identiti Yahudi di dalam keluarga mereka.

(Di bawah; nama berwarna biru adalah nama baru bagi menggantikn nama asal)

145px-Jack_Benny_Portrait

Jack Benny – (nama Yahudi) Benjamin Kubelski (pelakon komedi Amerika terkenal era 1950-an)

180px-GeorgeBurns

George Burns – (nama Yahudi) Nathan Birnbaum (pelakon komedia, penulis skrip)

180px-Groucho_Marx

Groucho Marx – (Nama Yahudi) Julius Henry Marx (pelakon komedi)

180px-Michael_Landon

Michael Landon – (Nama Yahudi) Eugene Marucie Orowitz (pelakon Hollywood)

images

Jerry Lewis – (Nama Yahudi) Joseph Levitch (pelakon komedi dan pengarah filem The Nutty Profesor)

By anayusof

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s