Artikel No:1
Demam Malaysia Idol
Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu -bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan…Pengantin Lelaki : Saya ustaz…Kadi : Dengar baik2 ya Hassan….”Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii”Pengantin Lelaki : “Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii”Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)Saksi Pertama : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)Saksi Kedua : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)Saksi Ketiga : Errrr….lontaran suara awak tidak jelas…saya tak dengar apa yg awak cakap….pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong…takde feel…. low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan… falseto lemah…
p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik…
Artikel No:2
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi….
si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada baliksi A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita….
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang…bla bla bla bla……
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagisi C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA
Moral of the story….jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.
Atikel No.3
Pada suatu hari… seorang datuk sedang berbual dengan cucunya.
Cucu: “Atuk, pagi tadi ada orang kampung kita nampak hantu!”
Datuk: “Dulu, Atuk dan kawan-kawan nenek pernah pergi ke kubur pada waktu malam. Lepas tu Atuk nampak pontianak. Kawan-kawan Atuk semuanya lari lintang-pukang. Tinggal Atuk aje dekat kubur tu…”
Cucu: “Hebatnya Atuk. Macam ni lah Atuk saya!”
Datuk: “Takdelah, sebenarnya Atuk pengsan… tak sempat lari!”

Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.(
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.(
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit badan mereka menjawab: “Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata – telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).(
“Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).(
“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!”(
Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.(
Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).(
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”(
Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.(
Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.(
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan”.(
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.(
“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh – pada hari itu – apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(
“(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!”(
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”(
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.(
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rabu 4hb Januari 2012 bersamaan 17 Safar 1433…














Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-




